www.flickr.com
This is a Flickr badge showing photos in a set called Alimi. Make your own badge here.




This Is your days.Syukran!



Services ...

Other things ...



Moga Panjang umor

Rezeki Melimpah

SIHAT SEJAHTERA

Friday, May 23, 2008
Penduduk Ipoh terdedah penyakit paru-paru
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI MANJUNG 15 Mei - Penduduk Ipoh kini terdedah kepada risiko menghidap penyakit radang paru- paru dan lelah ekoran keadaan berjerebu di bandar raya itu yang dipercayai berpunca daripada aktiviti kilang simen.Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, berbeza dengan bandar-bandar lain di Perak dan negeri-negeri lain, Ipoh kini cukup berjerebu.''Keadaan berjerebu ini mungkin biasa bagi penduduk Ipoh tetapi orang luar tengok berbeza. Lebih setahun saya duduk di Ipoh, debu penuh atas kereta selepas dua hari dibasuh.''Tidak mustahil habuk kecil ini tidak masuk ke dalam paru-paru dan ini boleh mendatangkan penyakit paru-paru seperti radang dan asma," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka di sini hari ini.Hari Kesihatan Sedunia disambut di seluruh dunia pada setiap 7 April dan tema pada tahun ini ialah ''Melindungi Kesihatan daripada Perubahan Iklim".Mengulas lanjut, Ahmad Razin berkata, beliau telah mengarahkan pegawai-pegawainya membuat kajian perbandingan kadar jangkitan penyakit radang paru-paru, asma dan merah mata di Ipoh dan bandar lain di negeri ini bagi melihat sama ada keadaan udara di Ipoh boleh membahayakan kesihatan.StatistikKatanya, statistik rekod perbandingan itu akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi tetapi ia tidak akan didedahkan.''Sekiranya terdapat perbezaan dalam statistik tersebut, pihak industri kilang simen perlu buat sesuatu dan jabatan kerajaan berkaitan juga perlu awasi perkara ini," tegas beliau.Ditanya sama ada penduduk Ipoh perlu memakai topeng sebagai langkah keselamatan, Ahmad Razin enggan mengulas sebaliknya menasihatkan mereka yang mengalami masalah batuk, sakit dada, asma atau merah mata supaya mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik.Sementara itu, beliau memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) bagi menentukan kebersihan kawasan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Katanya, pihak JLKN diminta memastikan kebersihan air, alam sekitar serta aktiviti yang melibatkan air bagi menjamin keselamatan peserta.''Jabatan Kesihatan Negeri akan sentiasa membuat pemantauan dengan mengambil sampel air di kawasan kem untuk diuji supaya sentiasa bebas daripada ancaman penyakit berbahaya," katanya.

Dhiya Husni HusinPegawai Eksekutif (TH) 3Unit TanahCawangan Perancangan dan Pengurusan Bahagian PembangunanKementerian Pelajaran MalaysiaTel :03-8884 9262Faks :03-8888 6657
Thursday, May 8, 2008
Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR"
MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.
Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah; * menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;* tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.
Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.
Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya.
Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:
Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibat menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.
Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).
Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: "Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar". (QS. 32:24); "Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)". (QS. 25:75); "Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas". (QS.39:10);
Banyak nasihat boleh dibaca disini
Sunday, May 4, 2008
Miminum wage @ inflation?
But the Prime Minister cannot simply dismiss miminum wage because of its impact on inflation.Why read what aisehman have here